Friday, 23 January 2015

Konsep, Tujuan dan Ciri-ciri Perlembagaan


Pengenalan
                Pada zaman kesultanan Melayu Melaka terdapat Undang-undang Laut Malaka dan Hukum Kanun Melaka. Sementara itu, setiap negeri pula mengamakan adat tradisional iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Adat Perpatih biasanya diamalkan di Negeri Sembilan dan Melaka. Masyarakat Melayu tradisional mementingkan adat dalam kehidupan mereka. Situasi ini menggambarkan telah wujudnya suatu sistem yang mengawal dan mengatur tata cara hidup masyarakat. Perlembagaan moden hanya diperkenalkan setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan diperkemas setelah terbentuknya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.


Perlembagaan

Definisi Perlembagaan
                Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan bagaimana sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang, adat dan peraturan yang lazim dipakai. Perlembagaan tersebut bersangkut paut dengan hal bagaimana keputusan-keputusan awan dicapai dan bagaimana kuasa diagih-agihkan antara insitusi kerajaan, sama ada dipusat ataupun pada peringkat tempatan. Perlembagaan juga akan menetapkan had-had kewibawaan kerajaan dan cara-cara pemilihan serta pelantikan pemerintah.

                Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara.Kewujudannya adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara. Selain itu, perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat.

                Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengandungi 131 Perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintah seperti kebebasan asasi, kuasa dan kedudukan YDPA, keistimewaan raja-raja Melayu dan hak orang Melayu, agama, kewarganegaraan, kehakiman dan sebagainya. Perlembagaan boleh dikatakan sebagai sebuah dokumen yang mengandungi segala undang-undang dan peraturan asas negara.

  
Sejarah Pembentukan Perlembagaan Malaysia
                Sejarah pembentukan Perlembagaan Malaysia telah bermula sejak abad ke-19 oleh penjajah British semasa mereka menguasai negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Selepas Perang Dunia Kedua, Jepun berundur dari Tanah Melayu dan British kembali semula ke Tanah Melayu. Pengenalan Malayan Union pada bulan April 1946 telah mendapatkan tentangan yang hebat daripada orang Melayu.

                Hal ini telah menyebabkan satu pengajian baharu telah dibuat antara raja-raja Melayu dan penjajah British yang dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan 1948. Melalui perjanjian ini kerajaan pusat akan terdiri daripada seorang Pesuruh Tinggi British, sebuah Majlis Mesyuarat dan sebuah Majlis Perundangan. Selain itu, Majlis Perundangan akan mengandungi anggota rasmi dan sebilangan anggota tidak rasmi yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Hasil daripada perjanjian ini telah lahir satu perkembangan baharu bagi Tanah Melayu yang berkuat kuasa pada 1 Februari 1948. Selepas ini, perlembagaan tersebut dipanggil sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Selepas Piliha Raya 1955, Parti Perikatan yang menang majority dan secara tidak lansung menjadi kerajaan pemerintah telah menuntut agar pihak penjajah British mengadakan satu Persidangan Perlembagaan di London.

                Dalam persidangan ini, dicadangkan agar ditubuhkan  sebuah suruhanjayayang bebas untuk menggubal satu perlembagaan untuk menggubal satu perlembagaan untuk Persekutuan Tanah Melayu sebagai langkah pertama ke arah kemerdekaan. Persidangan tesebut telah Berjaya menubuhkan sebuah Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dipengurusikan oleh Lord Ried (England), Sir Ivor Jenning (UK), Sir William Makell (Australia), B.Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). Pelantikan orang luar dalam penggubalan Perlembagaan ini bertujuan mengelakkan daripada masalah berat sebelah.

                Suruhanjaya Ried telah mengadakan referendum dalam kalangan semua penduduk Tanah Melayu termasuk orang awan, parti politik, badan awam dan sebagainya. Pada bulan Oktober 1956, Suruhanjaya Ried telah berjaya menerima 131 cadangan daripada penduduk Tanah Melayu.

                Secara keseluruhannya, Suruhanjaya Ried menggunakan cadangan Parti Perikatan sebagai asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Akhirnya, draf perlembagaan bagi  Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 31 Ogos 1957. Oleh itu, Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dikuatkuasakan sehingga ke hari ini dan beberapa pindaan telah dibuat. Contoh pindaan yang telah dibuat ialah Akta Malaysia yang diluluskan dalam tahun 1963 meminda Perkara 1 (1) dan (2) untuk kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura serta menukarkan nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Persekutuan Malaysia.


Tujuan Perlembagaan


Mewujudkan Satu Bentuk Pemerintahan yang Adil
                Kewujudan perlembagaan dari segi sejarah berdasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan lain-lain lagi. Walaupun perlembagaan memperuntukan agama Islam sebagai agama Persekutuan/rasmi negara (Bahagian 1, Perkara 3 (1),tetapi agama lain juga bebas diamalkan di Malaysia. Peruntukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara (Perkara 152) juga ada kelonggarannya apabila bahasa-bahasa lain juga boleh digunakan. Manakala dalam perkara hak keistimewaan orang Melayu, YDPA bukan sahaja menjaga kepentingan orang Melayu, tetapi kaum lai juga mendapat perlindungan yang sewajarnya.
                Peruntukan ini adalah untuk melahirkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan tidak menitikberatkan sesebuah kaum sahaja.


Mengelakkan Penyalahgunaan Kuasa oleh Pemerintahan

                Sebagaimana yang digariskan dalam perlembagaan, terdapat beberapa peruntukan khas tertentu untuk YDPA sertasultan/raja/Yang Dipertua Negeri. Dalam hal ini, walaupun baginda mempunyai bidang kuasa tertentu, tetapi segala tindakan mereka adalah tertakluk kepada (Bahagian 4,Bab 3, Perkara 40) Perlembagaan Malaysia. Langkah ini dapat mengelakkan penyalah gunaan kuasa oleh pemerintah


Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat
                Perlembagaan Persekutuan Malaysia bukan sahaja memperuntukkan kuasa kepada pemerintah, tetapi juga kepada rakyat melalui kebebasan asasi (bahagian 2, Perkara 5-13) dan hak istimewa orang Melayu. Keadaan ini secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa dan dapat mengelakkan daripada dominasi kuasa oleh suatu pihak lan. Pemerintah mempunyai had terhadapat perkara yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan serta rakyat juga ada perkara yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan.


Alat untuk Menyelesaikan masalah
                Perlembagaan sesungguhnya telah menjadi undang-undang tertinggi Negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubahan undang-undang persekutuan dan negeri. Malahan, sebarang masalah dalam pembuatan undang-undang atau rujukan apa apa hukuman kepada seorang warganegara berasaskan perlembagaan


Menjamin riwayat Negara bangsa
                Perlembagaan sememangnya berperanan penting dalam menentukan hala tuju perjalanan pentadbiran Negara. Pembentukan perlembagaan akan mengekalkan identity Negara bangsa Malaysia kerana melalui perlembangaan system pentadbiran dan perjalanan undang-undang Negara dicorakkan.


Menjamin keamanan dan kestabilan Negara
                Perlembagaan berfungsi sebagai alat penyelesaian masalah, mengawal kedudukan rakyat dan pemerintah. Alat penyelesaian masaalah ini sesungguhnyatelah Berjaya membentuk keamanan dan kestabilan Negara. Ini memenadangkan terdapat sekatan-sekatan dalam perlembagaan yang mengawal pergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan tertentu. Tetapi, kebebasan dan keistimewaan ini ada hadnya apabila terdapat perkara-perkara yang difikirkan perlu menyekat kebebasan mereka 9bahagian2, perkara 10)


Bentuk-bentuk perlembagaan
                Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis, iaitu perlembagaan bertulis dan perlembagaan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam sebuah dokumen. Perlembagaan bertulis ini mengandungi tiga sifat yang utama iaitu;
  1.  Kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.
  2.  Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan, tetapi parlimen dilarang membuat undang-undang yang bertentangan kebebasan asasi
  3. Mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang dan melindungi perlembagaaan.

Perlembagaan tidak bertulis merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen. Contohnya, akta parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah. Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis di mana parlimen mendapa kuasa daripda perlembagaan.


Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengandungi 183 Perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi, kuasa dan kedudukan YDPA. Keistimewaan raja-raja Melayu dan hak orang Melayu, soal bahasa Melayu, agama, kewarganegaraan, kehakiman, dan sebagainya. Perlembagaan boleh dikatakan sebagai sebuah dokumen yang mengandungi segala undang-undang dan peraturan asas Negara.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai ciri-ciri yang khas dan ia tealh menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang Negara yang menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyatnya. Ciri-cirinya ialah :
  1.   Melambangkan Malaysia sebagai sebuah Negara persekutuan.
  2. Mempunyai raja perlembagaan.
  3. Mengamalkan system demokrasi berpalimen.
  4. Agama Islam sebagai rasmi, kuasa dalam pentadbiran kerajaan.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai ciri-ciri yang khas dan ia telah menjadi perlembagaan sebagai undang-undang Negara yang menjamin keamanan dan  kesejahteraan rakyatnya. Perkara penting yang mecirikan perlembagaan ialah ia melambangkan Malaysia sebagai sebuah Negara persekutuan, mempunyai raja berpelembagaan, mengamalkan system demokrasi berpalimen dan menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi walaupun agama lain bebas diamalkan. Ini menunjukkan Malaysia sebuah Negara yang mengamalkan sifat tolak ansur dan menjaga kepentingan semua kaum dan  bangsa manakala perlembagaan pula menjadi sumber undang-undang tertinggi Negara, pada masa yang sama menjamin kebebasan undang-undang di negara ini.
Perlembagaan juga memperuntukkan pengasingan kuasa dalam pentadbiran kerajaan. Ini juga melambangkan sifat toleransi pemerintahan dan menjamin amalan demokrasi tetap wujud.


Perlembagaan Persekutuan mempunyai bidang pengkhususan tertentu seperti yang ditunjukkan secara ringkas dalam jadual di bawah.


Jadual Ringkas Perlembagaan Persekutuan
Senarai
Perkara-perkara
Senarai Persekutuan
Meliputi perkara-perkara mengenai hal ehwal luar negara, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang jenayah dan sivil dan lain-lain.
Senarai Bersama
Meliputi perkara yang membolehkan badan perundangan negeri membuat undang undang selagi tidak bertentangan dengan undang-undang Persekutuan. Contohnya, pelindungan bagi binatang liar, biasiswa, pelindungan kanak-kanak, perancangan Bandar dan kampong, kesihatan awam dan lain-lain.
Senarai Negeri
Meliputi perkara-perkara yang diserahkan kepada negeri seperti hokum syarak, undang-undang diri dan keluarga orang islam, hari kelepasan negeri, jentera kerajaan negeri dan lain-lain.


Ketertinggian Perlembagaan
Malaysia merupakan sebuah Persekutuan yang mempunyai sebuah perlembagaan bertulis. Menurut Tun Mohammed Suffian, bekas Ketua Hakim Negara, Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah yang  Perlembagan ini dapat dilihat pada peruntukan berikut :
Peruntukan
Butiran
Parlimen
Memperoleh kuasa daripada perlembagaan yang akan menentukan kuasa perundangan kerajaan Persekutuan di satu pihak dan kepada tiap-tiap buah negeri di pihak lain.
Perlembagaan
Menentukan perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat Undang-undang mengenainya. Contoh udang-undang yang boleh dibuat oleh Parlimen ialah pertahanan, pelajaran, hal ehwal luar negara dan sebagainya. Parlimen hanya tertinggi dalam perkara-perkara persekutuan, undang-undang tersebut tidak sah. Undang-undang Persekutuan juga akan diisytiharkan tidak sah seandanya ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia menurut Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.
Kedudukan YDPA
Baginda sebagai Ketua Negara, lambing taat setia rakyat, lambing negara, Ketua Parlimen, Ketua Pemerintahan dan sebagainya. Tetapi baginda tertakluk kepada ketua halangan-halangan yang dikenakan oleh perlembagaan. Kuasa YDPA sebagai ketua ketiga-tiga cabang kerajaan (perundangan, pentadbiran, kehakiman) juga tertakluk kepada sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan.
Kuasa asasi
Merupakan elemen penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berpalimen. Kerajaan tidak boleh membuang negara seseorang warganegara daripada pulang ke tanah airnya, tidak boleh memaksa seseorang itu menjadi buruh paksa dan tidak boleh memenjarakan mana-mana orang melainkan menurut undang-undang. Maka, terdapat banyak perkara dalam perlembagaan yang mesti dipatuhi oleh kerajaan.


Pindaan Perlembagaan
Semenjak tahun 1957 sehingga ke tahun 1982, Perlembagaan Malaysia telah dipinda lebih kurang 22 kali. Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan mudah oleh Parlimen seperti yang dijelaskan dalam perkara 161 (E) yang menjelaskan beberapa perkara yang boleh dipinda, seperti yang ditunjukkan dalam jadual.

Perkara
Butiran
Perkara 159 (4)
Sesetengah perkara boleh dipinda denga suara majority 2/3 dalam tiap-tiap majlis parlimen tanpa dengan persetujuan sesiapa dari luar majlis parlimen
Perkara 161 (E)
Sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan bagi Sabah Sarawak boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap majlis parlimen jika ia dipersetujui oleh Yang Dipertua mana-mana negeri

Sesetengah perkara hanya boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap dewan denga Syarat persetujuan Majlis Raja-Raja. Perkenan dan persetujuan Majlis Raja-Raja diperlukan dalam membuat apa-apa pindaan terhadap perkara yang menyentuh kedaulatan raja-raja Melayu, kedudukan istimewa orang melayu dan beberapa perkara yang dianggap sensitive dalam perlembagaan. Sebahagiaan perkara memerlukan suara majority dalam Parlimen.


Perkara-Perkara Yang Pernah Dipinda

Pemisahan Singapura
Pemisahan mana-mana wilayah Malayisa adalah dilarang oleh Perlembagaan. Situasi sedemikian memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja terlebih dahulu. Pindaan dibuat dengan 2/3 daripada ahli Dewan Rakyat menyokong pindaan ini. Oleh itu, pada bulan September 1963, Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia.


Mengenal Gender
Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan telah dipinda bagi memasukkan perkataan gender supaya tiada lagi sebarang undang-undang atau dasar yang mendiskriminasikan wanita dan bagi memastikan tidak ada diskriminasi antara jantina di negara ini. Perkataan jantina akan ditambah kepada Perkara 8(2) Perlembagaan Malaysia yang berbunyi ‘Kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyata oleh perlembagaan ini, tidaklah boleh ada perbezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir dalam mana-mana undang-undang.
Kekebalan Raja
Kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan apa yang dianggap sebagai kekebalan atau imuniti raja-raja, iaitu mereka tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa untuk orang ramai kerana melakukan apa-apa kesalahan.
Pindaan ini dibuat kerana difikirkan pengecualian raja-raja daripada tindakan undang-undang tidak sesuai lagi dengan aliran zaman. Dengan pindaan ini, dipercayai bahawa perasaan marah kepada raja atau sistem beraja dapat dielakkan kerana rakyat akan dilindungi oleh undang-undang daripada dianiaya oleh raja, dan dengan itu adalah dipercayai dan diharap raja tidak akan melakukannya.
Dengan pindaan ini, perhubungan antara raja dengan rakyat akan menjadi lebih teratur dengan kedua-dua pihak mempunyai hak-hak tertentu di bawah undang-undang yang jelas dan bukan lagi hanya ditentukan oleh adat yang mudah disalah erti dan disalahtafsirkan. Rakyat tidak lagi akan marah kepada raja kerana raja juga terhad kepada peruntukan undang-undang. Sebaiknya, jika rakyat melakukan sesuatu kesalahan terhadap raja, maka yang akan menentukan hukuman ialah pengadi atau hakim dalam Mahkamah Khas yang akan menguatkuasakan undang-undang biasa. Setelah dibahaskan , rang undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 telah diluluskan mengikut peruntukan perlembagaan dengan lebih daripada 2/3 majoriti ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Menurut prosedur, rang undang-undang telah dihantarkan kepada Yang di-Pertua Agong untuk diperkenankan. Setelah menerimanya, Yang di-Pertua Agong mengikut Perlembagaan mempunyai dua iaitu :
(a) Baginda memberi perkenan kepada rang undang-undang tersebut dalam tempoh 30 hari.
(b) Baginda memulangkan balik kepada Parlimen dengan menyetakan mengapa rang undang-undang tersebut tidak diperkenan untuk dipertimbangkan semula atau diubahsuaikan oleh Parlimen.
Pengubahsuaian yang dibuat terhadap rang undang-undang berkenan adalah hasil daripada beberapa perbincangan antara dengan pihak raja-raja. Pengubah suai ini tidak menjejaskan tujuan utama Rang Undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang diluluskan oleh Parlimen, iaitu menentukan raja boleh didakwa di bawah undang-undang negara. Perbezaannya ialah raja-raja akan dihadapkan ke Mahkamah Khas sahaja. Peruntukan asal dalam Perlembagaan menyatakan raja tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa dikekalkan. Penyesuaian ini memerlukan dua perkara yang baharu ditambah keapda rang undang-undang berkenaan.